Kelas Origami ICT
18 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 November 2020, PIK Gong Kulim telah mengadakan Kelas Origami ICT kepada 2 orang peserta cilik iaitu adik Damia dan adik Akid. Mereka sering berkunjung ke PIK untuk menyertai kelas yang dianjurkan disamping mengisi masa lapang sepanjang penutupan sekolah kerana pandemic covid-19. Di dalam kelas ini, mereka diajar cara untuk reka cipta pelbagai bentuk origami dengan menggunakan pautan video di dalam laman sesawang youtube. Staf PIK menyediakan kertas warna dan gunting kepada para peserta serta membantu mereka mencipta origami dengan betul.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Internet Komuniti (PIK), secara tidak langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet Komuniti untuk mengenali serta dapat mempelajari asas menggunakan computer dan mendalami bidang ICT untuk menyelesaikan tugas harian. Selain itu, ia dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Pematuhan SOP sepanjang Pandemic Covid 19 turut dipatuhi di premis PIK Gong Kulim dimana para peserta dikehendaki mengisi nama atau scan QR Code MySejahtera PIK, Scan Suhu peserta, penjarakan social sejauh 1 meter serta wajib pemakaian mask sepanjang berada di dalam premis PIK Gong Kulim.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: